Antarabangsa

Anak-Anak Iraq Pasca Perlanggaran AS & Barat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IRAQ, 28 September 2022 – Anak-anak muda di Iraq yang kini baru ‘bangkit’ dari kehancuran peperangan yang dicetuskan oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara barat lain meluahkan bagaimana nasib mereka yang kini tersepit dek kegoyahan negara tersebut.

Sebuah kajian menemui dapatan yang memeranjatkan hampir 36% golongan muda di sana tidak menjalani pendidikan, latihan dan tidak juga mempunyai sebarang pekerjaan.

Menurut laporan sebuah portal antarabangsa, anak-anak muda di Iraq meluahkan nasib mereka yang seakan-akan tersepit di antara pertelingkahan dua kumpulan politik yang masing-masing tidak mengambil berat tentang nasib golongan muda.

“Di Iraq, kerajaan tidak berkerjasama dengan golongan anak muda. Hanya mereka yang rapat dengan ahli politik, rakan-rakan mereka atau kenalan dalam parti mereka yang mendapatkan akses kepada peluang pekerjaan,” luah seorang pemuda.

Seorang pekerja dalam kerajaan Iraq sendiri mendedahkan bahawa struktur kerajaan yang masih tidak stabil merencatkan keupayaan kerajaan merancang dasar yang dapat membantu anak muda di sana.

“Kita ada Kementerian Perangkaan tetapi kita masih belum lihat sebarang perancangan yang mereka sedang usahakan sampai hari ini,” tegas Anmar Abed, seorang anggota Kementerian Pendidikan Iraq.

Pendedahan yang sama turut menunjukkan bagaimana kebanyakan projek dan usaha dalam kalangan usahawan muda gagal dalam tempoh masa tidak sampai setahun kerana tidak mendapat latihan dan sokongan dari kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: