Tempatan

Lebih 22 Juta Rakyat Malaysia Tak Makan Sayur, Punca Penyakit Hati Berlemak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 21 Julai 2022 – Lebih 22 juta atau 95 peratus rakyat Malaysia berisiko tinggi menghidap penyakit hati berlemak akibat daripada tidak memakan sayur-sayuran.

Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan I berkata sedemikian selepas merasmikan Mesyuarat Saintifik MOH-Akademi Perubatan Malaysia (AMM) kali ke-14 di Institut Kesihatan Negara baru-baru ini.

Anggaran data tersebut diperoleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi hasil kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2019. Tinjauan berkenaan dilakukan setiap empat tahun sekali bagi mengenal pasti tahap kesihatan penduduk.

Ujarnya, tabiat tidak memakan sayur akan mengakibatkan kekurangan zat dan pengambilan gula serta karbohidrat ringkas akan membenamkan lemak dalam badan.

“Ia kemudian akan menyebabkan penyakit hati berlemak sehingga turut merosakkan sistem tubuh badan dan menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD). Jumlah 95 peratus rakyat tidak memakan sayur itu perlu dibendung selaras dengan saranan KKM yang melaksanakan pelbagai kempen kesedaran sejak sekian lama,” katanya.

Jelas Dr Noor Azmi, trend pengambilan makanan segera yang diamalkan rakyat juga merupakan salah satu punca perkara ini terjadi.

Beliau berkata, statistik NHMS mendapati nisbah 1:15 peratus individu mempunyai obesiti. Tambahnya, keadaan obesiti amat berbahaya kerana banyak mengeluarkan enzim yang akan merosakkan sistem badan seperti kardiovaskular.

Selain itu, data turut menunjukkan seramai 6.4 juta penduduk menghidap penyakit darah tinggi manakala kencing manis pula melibatkan 3.9 juta orang.

KKM menasihatkan orang ramai agar menyertai inisiatif Saringan Kesihatan Nasional bagi mengetahui tahap sebenar kesihatan mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: