Tempatan

Amri Che Mat: Kerajaan Merayu Arahan Mahkamah Tinggi Untuk Dedah Laporan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Jun 2023 – Kerajaan dibenarkan untuk menangguh perintah Mahkamah Tinggi supaya ia mengeluarkan dan mendedahkan laporan pasukan petugas khas mengenai kehilangan aktivis Amri Che Mat kepada isterinya, sementara menunggu perintah mahkamah selanjutnya.

Peguam Larissa Ann Louis, yang mewakili Norhayati Ariffin berkata rayuan itu difailkan minggu lepas.

Manakala pada bulan lalu, Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Kerajaan mengeluarkan laporan mengenai kehilangan Amri Che Mat kepada isterinya, Norhayati Ariffin.

Mahkamah bagaimanapun berkata, Norhayati hanya boleh menggunakan laporan itu untuk tujuan saman sivilnya di mana dalam masa yang sama dia dan pasukan peguamnya dilarang mendedahkannya kepada mana-mana pihak ketiga.

BACA JUGA: Kesan Sampingan Vaksin COVID-19, Kerajaan Bayar RM2.5 Juta Pampasan Setakat Ini

BACA JUGA: MP Langkawi Persoal Sejak Bila ‘Bak Kut Teh’ Makanan Warisan Malaysia?

BACA JUGA: KPM Keluarkan Garis Panduan Baharu Aktiviti Luar Kelas

Amri, pengasas persatuan kebajikan Perlis Hope, yang hilang pada 2016, telah mencetuskan inkuiri awam oleh SUHAKAM yang akhirnya menyatakan pada 2021, bahawa Amri menjadi mangsa kehilangan paksa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri, khususnya oleh cawangan khas polis.

Sebagai tindak balas, Kementerian Dalam Negeri menubuhkan pasukan petugas untuk menyiasat laporan yang dibuat SUHAKAM dan diberi masa enam bulan untuk menyiapkan laporan.

Kementerian mahupun pasukan petugas tidak mengeluarkan laporan itu walaupun berkali-kali mendapat desakan untuk berbuat demikian oleh pelbagai pihak, termasuk SUHAKAM dan NGO lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: