Antarabangsa

2 Produk Mi Sedap Ditarik Dari Pasaran Singapura, Ada Racun Perosak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 07 Oktober 2022 – Singapura menarik balik dua produk Mie Sedaap jenama Indonesia susulan terkandung sejenis racun perosak dalam produk tersebut, menurut hantaran di laman rasmi Agensi Makanan Singapura (SFA).

Baru-baru ini, SFA menarik balik dua produk terbabit iaitu Mi Segera Sup Pedas Korea dan Mi Segera Ayam Pedas Korea selepas didapati mengandungi etilena oksida.

Menurut SFA, etilena oksida ini merupakan sejenis racun perosak yang tidak dibenarkan untuk digunakan dalam makanan. Di bawah Peraturan Makanan Singapura, etilena oksida hanya dibenarkan untuk digunakan dalam pensterilan rempah ratus dengan kadar Had Sisa Maksimum (MRL) tidak melebihi 50 mg/kg (50ppm).

Produk Mi Ayam Pedas Korea yang terjejas itu mempunyai tarikh luput pada 21 Mei 2023 manakala produk Mi Sup Pedas Korea mempunyai tarikh luput pada 17 Mac tahun depan.

Bagaimanapun, pihak SFA sedang menguji produk Mi Sedaap yang lain serta bekerjasama dengan pengimport dan pihak berkuasa Indonesia bagi menyiasat dan memperbetulkan punca pencemaran etilena oksida.

Berdasarkan laporan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, individu yang terdedah dalam jangka masa yang panjang kepada etilena oksida ini boleh mengakibatkan kerengsaan mata, kulit, hidung, tekak dan paru-paru serta kerosakan pada otak dan sistem saraf. Bahkan, ia juga berpotensi untuk meningkatkan risiko kanser.

Sehubungan itu, SFA mengingatkan pengguna yang telah membeli produk terbabit agar tidak memakannya manakala mereka yang telah mengambilnya dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: