Antarabangsa

Amerika Selar Rusia Halang Perjanjian Nuklear PBB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 29 Ogos 2022 – Kerajaan Amerika Syarikat (AS), melalui jurucakapnya, Vedent Patel, telah menyelar tindakan Rusia ‘menyekat’ perjanjian melibatkan tenaga nuklear yang diusulkan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Setelah beberapa minggu yang padat dengan perbincangan produktif, Rusia secara bersendirian telah memutuskan untuk menyekat persetujuan dokumen akhir,” ujar Patel, seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal tempatan.

Jurucakap AS mendakwa bahawa tindakan Rusia tersebut timbul susulan kandungan teks perjanjian yang menyentuh tentang reaktor nuklear Zaporizhzhia di Ukraine yang kini di bawah kawalan Rusia.

Di pihak Rusia pula, mereka mendakwa menolak perjanjian tersebut berikutan unsur politik yang terkandung dalam teks perjanjian itu.

Austria, sebuah negara neutral, bagaimanapun telah menyelar sikap “kebanyakan” negara yang ‘kaya’ dengan nuklear, di mana mereka menyifatkan negara-negara seperti Britain, China, Perancis, Rusia dan AS sendiri yang ‘berberat hati’ untuk mencapai sebuah persetujuan.

Kerajaan Austria turut mengetengahkan bahawa negara-negara di atas masih memperluas dan menambahbaik kelengkapan senjata nuklear mereka walaupun mendakwa bersetuju untuk memberikan komiten terhadap perjanjian tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: