Antarabangsa

Amazon Hadapi Protes Black Friday Dari 40 Negara

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SWITZERLAND, 27 November 2022 – Ribuan pekerja gudang Amazon dari 40 buah negara merancang untuk mengadakan protes dan menuntut agar diberikan gaji serta keadaan kerja yang lebih baik.

“Sudah tiba masanya untuk syarikat besar untuk menghentikan amalan buruk dan tidak selamat ini segera, menghormati undang-undang dan berunding dengan pekerja yang menginginkan keadaan kerja yang lebih baik,” kata Christy Hoffman, Setiausaha Agung UNI Global Union yang juga salah seorang penganjur dalam kempen ‘Make Amazon Pay’.

Memetik kepada sebuah berita, kesatuan di Perancis dan Jerman, CGT dan Ver.di telah bekumpul bagi mengadakan protes di 18 gudang utama bertujuan untuk mengganggu penghantaran ke pasaran Eropah.

Di United Kingdom (UK) pula, pekerja dari kesatuan GMB telah merancang untuk mengadakan protes di luar beberapa Gudang termasuklah di Coventry susulan bebanan kerja yang ditanggung serta bayaran gaji yang rendah, kata Penganjur Kanan GMB, Amanda Gearing.

Manakala di Amerika Syarikat (AS), protes dan perhimpunan turut akan dilancarkan yang melibatkan sepuluh buah bandar termasuk di blok apartmen 5th Avenue, di mana terletaknya kediaman Pengasas Amazon, Jeff Bezos.

Bukan itu sahaja, penunjuk perasaan di Afrika Selatan turut akan berkumpul berhampiran pejabat baharu Amazon yang terletak di Cape Town.

Untuk rekod, sekitar tahun 1950-an, para peniaga telah menggunakan istilah Black Friday bagi menggambarkan keadaan beratur panjang serta kegilaan dalam membeli-belah di outlet mereka. Pada tahun 1985, istilah berkenaan mendapat populariti di seluruh Amerika dan selepas tahun 2013, istilah tersebut mula digunakan secara global.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: