Tempatan

Agong Dan Raja Permaisuri Sempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Jun 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada anakanda Baginda berdua, YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, di Istana Negara, semalam.

Turut berangkat KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.

Majlis Pemakaian Pangkat tersebut disempurnakan sendiri oleh Seri Paduka Baginda berdua kepada YAM Tengku Amer Nasser yang dipakaikan pangkat Kolonel.

YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser yang sebelum ini berpangkat Leftenan Kolonel dinaikkan pangkat Kolonel berkuatkuasa pada 7 April 2022 dan menjawat jawatan sebagai Komander Rejimen 505 Askar Wataniah.

Seterusnya, Seri Paduka Baginda turut berkenan menyempurnakan Majlis Mengangkat Sumpah anakanda Baginda berdua, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, sebagai Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia.

YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail dijadualkan akan menghadiri Commissioning Course di Royal Military Academy, Sandhurst, United Kingdom bermula 22 Ogos 2022 hingga 18 Ogos 2023.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga pernah menjalani latihan ketenteraan di Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst yang merupakan pusat latihan tentera tersohor dunia dari 1978 hingga 1979 dan turut diikuti KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang menjalani latihan di Sandhurst dari 2018 hingga 2019.

Antara lain yang menjalani latihan ketenteraan di akademi itu ialah KDYMM Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah; DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail , KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut hadir pada majlis Majlis Pemakaian Pangkat & Majlis Mengangkat Sumpah tersebut adalah Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zamrose bin Mohd Zain dan Asistan Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: