Tempatan

Amaran PM Kepada Pelaku Jenayah Boleh Dilihat Sebagai Campur Tangan, Cabul Kedaulatan Undang-Undang – Peguam Kanan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2023 – Amaran yang dikeluarkan sebanyak tiga kali oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kelantan kelmarin disifatkan sebagai salah guna kuasa di samping berlaku campur tangan pemimpin Kerajaan itu dalam agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, walaupun Perdana Menteri mempunyai kuasa eksekutif, Anwar tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai arahan kepada agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang seperti siasatan terhadap kes jenayah atau salah laku rasuah.

“Sekiranya salah laku jenayah dikesan, ia akan dimulakan dengan aduan pertama oleh mangsa atau pihak terbabit (seperti agensi, kementerian) kepada pihak berkuasa. Bagi jenayah kekerasan, aduan itu kepada PDRM, manakala jenayah rasuah pula, aduan terhadap SPRM.”

“Pihak berkuasa sama ada PDRM atau SPRM harus melakukan siasatan tanpa sebarang gangguan mana-mana pihak termasuk kerajaan pada masa itu.”

BACA JUGA: Khianat: 51 Kubur Islam Disembur Cat, Seorang Lelaki Dicekup

BACA JUGA: Dilabel Anti Semitik, Tun M Label Puak Zionis Label Serupa

BACA JUGA: Kerja-Kerja ECRL Didakwa Punca Insiden Tanah Mendap

“Apabila seorang Perdana Menteri memberi amaran (kata dua, pulang semula harta atau sedia disiasat), maka ia dilihat sebagai salah satu campur tangan dan boleh mencabuli kedaulatan undang-undang, sekali gus boleh menjurus kepada penyalahgunaan kuasa. Dalam Akta SPRM sekali pun, ia boleh disiasat mengikut Seksyen 23.”

Terdahulu, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Program Jelajah Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kelantan memberi kata dua kepada seorang pemimpin politik, sama ada memulangkan semula harta yang didakwa dicuri atau bersedia untuk disiasat.

Dalam ucapannya, Anwar menambah, jika pemimpin terbabit gagal berbuat demikian, beliau akan mengarahkan pihak berkuasa untuk menyiasatnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: