Antarabangsa

AMARAN! Penduduk Britain Diancam Lalat ‘Dracula’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BRITAIN, 27 Jun 2023 – Pakar telah memberi amaran berhubung peningkatan populasi lalat ‘Dracula’ yang kebal terhadap kebanyakan penghalau serangga.

Lapor sebuah agensi berita antarabangsa, campuran cuaca panas dan hujan lebat secara tiba-tiba di Britain telah menghasilkan keadaan yang sempurna untuk pembiakan spesies tersebut.

Menurut Persatuan Kawalan Perosak British (BPCA), mereka meletakkan spesies berbahaya itu dalam senarai teratas ‘Gigitan Yang Perlu Dielakkan’ bersama-sama dengan labah-labah black widow dan nyamuk.

Hal ini kerana, spesies itu boleh menyebarkan jangkitan yang berbahaya dan mengakibatkan gigitan yang menyakitkan di samping menimbulkan ancaman yang berpotensi serius kepada keselamatan awam.

BACA JUGA: Klinik Online KKM: Perdim Bimbang Berlaku Kebanjiran Doktor Palsu

BACA JUGA: Pajak Gadai Berlesen Dilarang Jual Semua Emas Gadaian

BACA JUGA: Pemborong Dapat Surat Harga Beras Naik – Sumber

Ia juga berpotensi untuk memakan darah sekali gus membawa kepada jangkitan serta bengkak yang menyakitkan di mana ia berkemungkinan tidak dapat dirawat sepenuhnya dengan antibiotik semasa.

Seorang mangsa, Dean Collins dari Brighton berkata, “Ia sangat menyakitkan, jauh lebih sakit daripada sengatan tebuan.”

Manakala seorang lagi mangsa dari Amesbury, Wiltshire, Alice Duvall mendedahkan bahawa dia mengalami gigitan yang ‘menyakitkan’ dan ia meninggalkan ‘tompok merah yang mula membengkak serta merta.’

Sehubungan itu, BPCA menasihatkan agar penduduk mengalihkan air bertakung berhampiran rumah termasuklah kolam bagi menangani pembiakan lalat berkenaan.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain turut menasihatkan agar individu yang digigit untuk menyapu gigitan dengan antiseptik dan menutup luka dengan pek ais bagi mengelakkan jangkitan dan bengkak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: