AMARAN! Omicron XBB. 1.5 Berpotensi Jangkiti Individu Divaksin
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
NEW YORK CITY, 16 Januari 2023 – Subvarian Omicron XBB. 1.5 didapati berpotensi menjangkiti individu yang sudah divaksin atau individu yang pernah dijangkiti wabak COVID-19 sebelum ini.
Menerusi laporan Jabatan Kesihatan dan Kebersihan Mental New York City (NYC), subvarian baharu itu paling mudah berjangkit dan menyumbang 73% daripada semua kes COVID-19 di NYC.
Omicron subvariant XBB.1.5 now accounts for 73% of all sequenced COVID-19 cases in NYC. XBB.1.5 is the most transmissible form of COVID-19 that we know of to date and may be more likely to infect people who have been vaccinated or already had COVID-19. pic.twitter.com/1Ux8LNHwUu
— nychealthy (@nycHealthy) January 13, 2023
BACA JUGA: IC Anak: Ibu Warga Indonesia Saman Kerajaan
BACA JUGA: Kemelut Harga Ayam-Menteri Minta Rakyat Bersabar
BACA JUGA: Mariam Mokhtar Dakwa Ketua Puteri UMNO ‘Delusional’
Jabatan itu menyeru orang ramai mendapatkan vaksin dan juga dos penggalak kerana ia masih merupakan cara terbaik untuk melindungi diri daripada kemasukan ke hospital dan kematian akibat wabak berkenaan.
Mengulas lanjut, data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menunjukkan, XBB. 1.5 menyumbang 43% daripada kes COVID-19 di AS dan merupakan varian paling prolifik setakat ini.
Maria Van Kerkhove, pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menyatakan kebimbangan dengan berkata, “Semakin banyak virus ini beredar, semakin meningkat peluang untuk ia berubah.”
Walau bagaimanapun, masih tiada data yang membuktikan subvarian ini membawa kepada penyakit lebih teruk dan WHO sedang merumuskan penilaian risiko baharu yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Data terkini merekodkan AS menyumbang lebih 82% daripada jangkitan subvarian baru ini di seluruh dunia, diikuti United Kingdom 8.1% dan Denmark 2.2%.