Tempatan

AMARAN: KL & Perak Bakal Dilanggar Ribut Petir Lagi Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2022 – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan melanggar beberapa buah negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), fenomena itu dijangka akan membadai negeri-ngeri berikut sehingga jam 7:00 malam ini.

1.WP Kuala Lumpur;

2. Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat);

3. Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim);

4. Kedah (Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu);

5. Kelantan (Gua Musang);

6. Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong)

7. Negeri Sembilan (Jelebu dan Kuala Pilah);

8. Johor (Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)

9. Sarawak: Betong, Sarikei (Pakan dan Julau) dan Limbang

10. Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan;

11. Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan)

Semalam, hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di Taiping, Perak.

Ia antara banjir terburuk yang pernah berlaku di daerah itu sejak 15 tahun lepas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, antara kawasan yang terbabit banjir adalah dari Taman Seri Kota Fasa II, Kampung Sempadan, Kampung Air Kuning dan Taman Kuning Sari.

Berikutan itu, seramai 36 mangsa dari lapan keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Air Kuning.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: