NGO

Lantik Pesuruhjaya SUHAKAM Yang Berpegang Kepada Malaysia Sebagai Negara Islam – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2022 – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menerusi kenyataan Pengerusinya Hj Aminuddin Yahaya, mendesak Kerajaan agar perlantikan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SUHAKAM yang baharu ini dipilih daripada kalangan mereka yang benar-benar layak, berintegriti dan paling penting mempunyai jati diri serta berpegang kepada kefahaman Malaysia sebagai negara Islam yang berdaulat daripada sebarang ideologi songsang luar.

“Umum mengetahui rata-rata blok politik ada terselitnya tokoh yang menganuti ideologi Liberal Barat yang punyai tafsiran terhadap Hak Asasi Manusia yang menyeleweng,” kata Hj Aminuddin.

Atas kapitisi tersebut, PEMBELA memandang serius tekanan Ahli Parlimen DAP dan Pakatan Harapan mengenai kekosongan jawatan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) selepas tamat tempoh perkhidmatan mereka.

Lantaran itu, tuntutan daripada PEMBELA tersebut dinyatakan agar Kerajaan memandang serius akan perlantikan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SUHAKAM yang baharu ini.

Hj Aminuddin menegaskan bahawa menjadikan jawatan ini sebagai ‘habuan’ politik adalah sangat berbahaya kerana boleh merosakkan negara.

Ini kerana PEMBELA tidak menolak kemungkinan berlakunya lobi-melobi di belakang tabir antara kem-kem politik sama ada daripada kalangan blok kerajaan mahupun pembangkang yang ingin memposisikan tokoh-tokoh tertentu, ujar Hj Aminuddin.

Selain itu, dalam kenyataan sama PEMBELA juga bimbang “Sekiranya jawatan ini dijadikan ‘habuan’ untuk sebarang rundingan di belakang tabir kepada mana-mana blok demi mengekalkan kestabilan Kerajaan sedia ada mahupun menubuhkan Kerajaan baharu.”

Hj Aminuddin turut mengingatkan mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan-Pembangkang yang sudah hampir tamat.

Dalam kepimpinan sebelum ini, SUHAKAM didakwa menjadi agen bagi membuka jalan ke arah pengiktirafan gender ketiga di Malaysia.

Perkara itu didedahkan oleh Profesor Madya Dr Rafidah Hanim yang mengatakan bahawa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dipercayai meneruskan kajian mengenai pengiktirafan golongan transgender di sisi undang-undang.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: