Tempatan

Amaran Hujan Berterusan Di Empat Negeri – MET Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2021 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) di empat buah negeri.

Negeri-negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak; Kerian dan Larut, Matang dan Selama.

MET Malaysia juga mengeluarkan amaran lekukan tropika di mana pergerakannya sedang menuju ke arah Utara Timur Laut dengan kelajuan 5 km/j.

Kesannya adalah hujan berterusan dan angin kencang di negeri-negeri utara semenanjung dan boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah.

Selain itu, amaran angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka akan melanda kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: