Tempatan

Rancang Proses Perbandaran, Elak Melayu & Kuasa Politik Melayu Terus Terpinggir 

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 September 2022 – Kerajaan digesa untuk merancang proses perbandaran negara ini terutamanya bandar baharu yang dilihat tidak seimbang sehingga meminggirkan orang Melayu dari sudut ekonomi dan politik.

Penganalisis politik, Dr Mohd Noor Yazid berkata, pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Exco Perumahan perlu memainkan peranan dalam merancang model baharu proses perbandaran sama ada di peringkat negeri mahupun Kerajaan tempatan bagi memastikan kaum Melayu tidak dipinggir.

Hal ini kerana, isu penyisihan ini dipercayai telah lama berlaku dan acapkali berulang sewaktu bandar baharu dibangunkan di mana lokasi pembangunan itu pada asalnya merupakan kawasan luar bandar milik orang Melayu, katanya.

Bukan itu sahaja, harga yang diletakkan untuk rumah kediaman, bangunan kedai dan pejabat juga meningkat beratus kali ganda yang tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu biasa.

Beliau turut menimbulkan persoalan dengan mengatakan “Pemimpin sekarang perlu menjawab apakah mereka sedar pertumbuhan bandar selama ini secara tidak langsung seolah-olah menghakis dominan pengundi Melayu dan membentuk satu kawasan baharu pengundi kaum bukan Melayu.”

Beliau mempersoal lagi apakah kesan proses perbandaran tersebut terhadap kestabilan politik Melayu dan pihak berkuasa dalam perancangan serta pembinaan bandar.

Berikutan itu, beliau menegaskan agar faktor proses perbandaran dan hakisan kuasa politik Melayu diberi perhatian.

“Jangan apabila keadaan sudah benar-benar parah dan tidak dapat diperbaiki hingga nasi menjadi bubur, barulah kita terkial-kial mencari penyelesaian dan perubahan dasar.”

“Realitinya, tindakan segera dan dasar perbandaran menjamin ekonomi dan politik Melayu tidak boleh ditangguhkan lagi,” tegasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: