Tempatan

AMARAN Hujan Berterusan Bagi Pantai Timur Hingga Ahad Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Januari 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada buat empat negeri di Semenanjung Malaysia.

Dalam amaran terkini, METMalaysia menjangkakan hujan berterusan akan berlaku di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu, dan Pahang (Kuantan) bermula hari Jumaat ini selama tiga hari berturut-turut.

Selain itu, sebahagian kawasan di Negeri Pahang iaitu di Pekan dan Rompin serta sesetengah kawasan di Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) turut mengalami hujan berterusan dalam tempoh tiga hari bermula Khamis ini.

BACA JUGA: Persoal Teks Perlembagaan Persekutuan BM Yang Dilancarkan Agong, P. Ramasamy Ditegur

BACA JUGA: 500 Ribu Pekerja Asing Bakal Dibawa Masuk

BACA JUGA: Keputusan Mahkamah Sivil Tiada Kuasa ‘Pertikai’ Mahkamah Syariah, SIS Bantah

Sehubungan itu, METMalaysia menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: