Tempatan

Kalau Tidak Kerana Masjidil Haram, Tiada Siapa Mahu Ke Arab Saudi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Januari 2023 – “Kalau tidak kerana Masjidilharam, Makkah dan Masjib Nabawi, Madinah, saya yakin TIADA SIAPA nak ke SAUDI ARABIA.” Demikian luahan Dr Mohd Izhar Ariff di Facebooknya selepas pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini.

Hal ini adalah disebabkan pengurusan perhotelan di Arab Saudi kini semakin teruk, dedah beliau yang melampirkan kenyataan media tempatan yang melaporkan harga hotel-hotel di Makkah dan Madinah naik mendadak.

BACA JUGA: Kenyataan Asiah Menghina Nabi, Pihak Berkuasa Perlu Ambil Tindakan – PU Syed

BACA JUGA: FELDA Agih RM9.7 Juta Bantuan Musim Tengkujuh

BACA JUGA: Sambut Pelancong China, MOTAC Letak Pegawai Fasih Mandarin & Sediakan Laluan Mudah

Dr Mohd Izhar Ariff juga di dalam hantarannya berkongsi sikap pihak perhotelan yang sanggup membatalkan tempahan demi mengejar harga tawaran yang lebih lumayan dan tinggi.

Selain itu, pihak perhotelan di sana juga semakin melampau apabila sanggup membatalkan tempahan yang sudah dibayar penuh oleh jemaah dan digantikan dengan tawaran yang tidak sama seperti dijanjikan kepada jemaah.

“Makin melampau lagi apabila booking diambil daripada travel cash total kos, tapi apabila jemaah semua telah sampai, mereka ubah perjanjian dan tukarkan jemaah ke hotel lain yg tidak menepati apa yg dijanjikan….”

Disebabkan pasaran yang tetap akan wujud di sana, pihak pengurusan perhotelan di Arab Saudi menjadi sombong dan sanggup menipu jemaah, ujar beliau.

Mengakhiri kenyataan, Dr Mohd Izhar Ariff berkata “Semoga kita jumpa di Akhirat kelak wahai pak Arab…”

Dalam pada itu, Naib Presiden Haji dan Umrah MATTA, Mohd Azri Abd Razak memaklumkan, bukan harga hotel sahaja yang meningkat, malah harga pengangkutan dan tiket penerbangan juga meningkat.

Justeru, bakal jemaah umrah diminta bersiap sedia sekiranya dimaklumkan berlaku kenaikan harga pakej umrah oleh agensi pelancongan masing-masing pada saat akhir sebelum mereka berlepas ke tanah suci.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: