Tempatan

Kekurangan Pegawai Perubatan, Hospital Di Melaka Terpaksa Kecilkan Servis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 15 Julai 2023 – “Jabatan Perubatan sentiasa peka dengan perkembangan terkini mengenai isu kekurangan pegawai perubatan yang dijangka bermula seawal dari 1 hb Julai 2023 berikutan penempatan pegawai lantikan tetap ke fasiliti kesihatan KKM di luar negeri…

Sehubungan dengan itu, Jabatan Perubatan mengambil langkah yang berikut untuk memastikan perawatan pesakit tidak terjejas berikutan isu ini;

i. menerima kes-kes rujukan ‘kecemasan’ dari jabatan-jabatan lain ‘interdepartment referral’. Kes-kes bukan kecemasan boleh dirujuk ke klinik pakar berkaitan atau klinik-klinik kesihatan yang berhampiran.
ii. melihat kes-kes rujukan dari ‘zon merah’ di ETD sahaja.”

Demikian surat tular dari seorang Ketua Jabatan di sebuah hospital di Melaka seperti yang dikongsikan di Twitter HartalDoktorKontrak.

BACA JUGA: Bolehkah, Pencuri Tuntut Hak Harta Yang Dicuri Atas Alasan Hak Asasi Manusia – Hj Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: Pemimpin Sokong Penceroboh Perosak Negara – Hj Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: PRN: Terengganu Larang Kempen Di Masjid, Surau

Menurut sebuah portal tempatan dwibahasa, satu sumber di hospital yang terjejas mendedahkan bahawa dalam keadaan di mana doktor kontrak keluar dan ketiadaan pegawai perubatan terlatih yang datang untuk menggantikan mereka, kakitangan hospital akan menghadapi kesukaran untuk mengendalikan sejumlah besar pesakit kerana ia adalah hospital tertiari yang menawarkan penjagaan pakar.

“Meletakkan doktor pelatih adalah tidak membantu kerana mereka perlu dilatih sebagai pegawai perubatan terlebih dahulu sebelum mereka benar-benar berdikari. Pesakit dan kakitangan di sini sama-sama menghadapi masa yang sukar.”

Kerana itulah hospital tersebut terpaksa mengumumkan pengurangan perkhidmatan kerana jangkaan kekurangan tenaga kerja pada akhir bulan ini.

Tambah portal, semakan pihak mereka terhadap sistem eHousemen Kementerian Kesihatan menunjukkan tiada hospital atau klinik kesihatan awam di Melaka tersedia untuk menempatkan lebih kurang 4,200 doktor yang sedang mencari kerja.

Tiga hospital utama di negeri itu ialah Hospital Melaka, Hospital Alor Gajah dan Hospital Jasin.

“Pegawai Perubatan dari Melaka ramai dapat tetap. Mereka akan keluar ke tempat bertugas baru. Tapi kerana kelemahan KKM pimpinan @DrZalihaMustafa dan JPA, tiada kemasukan MO tetap ke Melaka. Hasilnya, gangguan perkhidmatan. Telah ditegur tapi tiada tindakan,” tempelak HartalDoktorKontrak dalam hal ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: