Tempatan

AMARAN: Angin Kencang Dan Laut Bergelora

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 Ogos 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan mengeluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora (Kategori Pertama dan Kedua) di perairan Laut China Selatan berkuat kuasa bermula 6 hingga 9 Ogos 2022.

Selain itu, berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), satu sistem cuaca tekanan rendah di barat Filipina dijangka bergerak menuju ke Vietnam dalam tempoh 6 hingga 8 Ogos 2022.

“Keadaan ini berpotensi membawa angin baratan yang kuat dan boleh menyebabkan kejadian garis badai yang akan membawa bersama hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di utara Sarawak (Bintulu, Miri dan Limbang), barat Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di antara 6 hingga 9 Ogos 2022,” lapor kenyataan sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: