Tempatan

Amang Seksual Guru, Punca Murid Tidak Hadir Sekolah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 20 Februari 2022 – Seorang murid lelaki berusia 10 tahun yang enggan hadir ke sekolah sejak Januari lalu, mendakwa dirinya menjadi mangsa amang seksual gurunya di sebuah sekolah di Putrajaya.

Menurut sumber, kejadian tersebut dilaporkan apabila keluarganya menyedari tentang keengganannya ke sekolah walaupun puas dipujuk berkali-kali. Murid itu mendedahkan dirinya menjadi mangsa amang seksual gurunya sejak tahun lalu.

Keluarga mangsa yang tidak berpuas hati kemudiannya pergi berjumpa dengan pihak sekolah, sebelum dinasihatkan untuk membuat laporan polis.

Susulan itu, mereka tampil membuat laporan untuk tindakan selanjutnya.

Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengesahkan pihak polis ada menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

“Kes itu sedang disiasat mengikut seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan setakat ini, suspek masih belum ditahan,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button