Antarabangsa

China Gesa Rejim Zionis Henti Provok Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MESIR, 17 Januari 2023 – Menteri Luar China yang baharu, Qin Gang telah membuat penggulungan bagi sesi lawatan pertama beliau ke luar negara dengan menyeru negara haram aparteid Israel agar tidak lagi membuat provokasi terhadap Palestin. Kata beliau,

“Israel seharusnya menghentikan segala hasutan dan provokasi serta mengelakkan segala tindakan unilateral yang mungkin dapat membawa kepada situasi yang lebih teruk”.

BACA JUGA: Tragedi Rempuhan Stadium Indonesia, 3 Pegawai Polis Dituduh Cuai

BACA JUGA: Persoal Teks Perlembagaan Persekutuan BM Yang Dilancarkan Agong, P.Ramasamy Ditegur

BACA JUGA: 500 Ribu Pekerja Asing Bakal Dibawa Masuk

Beliau membuat kenyataan sedemikian pada satu sesi penerangan media di Kaherah pada Ahad lalu, di mana beliau telah bertemu dengan Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry pada penghujung lawatannya ke lima negara Afrika.

Qin turut menyatakan bahawa “China sangat bimbang” mengenai hubungan Israel-Palestin yang kian memburuk.

Tambah portal antarabangsa, China menyokong penyelesaian dua negara dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota Palestin yang merdeka.

“Masyarakat antarabangsa harus merasa gusar, meletakkan isu Palestin di puncak agenda antarabangsa, dan menggalakkan penyambungan semula rundingan damai antara Israel dan Palestin,” kata Qin.

Selain itu, beliau turut menyeru agar status quo berkenaan Temple Mount, yang turut melibatkan Masjid Al-Aqsa itu dikekalkan.

Qin membuat ulasan ini sewaktu pentadbiran rejim haram aparteid Israel sedang menghukum wilayah-wilayah yang diduduki.

Hal ini kerana wilayah-wilayah yang diduduki itu sedang menuntut hak undang-undang daripada Mahkamah Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas kesulitan yang mereka tempuhi.

Qin, Menteri Luar China yang baru dilantik ini sebelumnya adalah seorang duta Beijing ke Amerika Syarikat dan beliau baru saja menjawat jawatan Menteri Luar ini pada bulan lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: