Antarabangsa

Lebih 50 Negara Miskin Bakal Bankrap – Pegawai PBB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MESIR, 12 November 2022 – Lebih dari 50 negara miskin yang sedang membangun kini sedang berhadapan dengan kemungkinan tidak mampu melunaskan hutang mereka dan menjadi bankrap sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengerusi bagi Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Achim Steiner yang merupakan Pengerusi Program Pembangunan PBB itu turut menyatakan bahawa kesemua negara miskin tersebut hanya dapat diselamatkan jika negara-negara yang kaya dapat memberi bantuan segera.

Menurutnya lagi, perkara-perkara seperti krisis bahan api, inflasi serta kenaikan kadar faedah telah menyebabkan negara-negara miskin tersebut berdepan dengan masalah untuk membayar hutang mereka.

Kemungkinan yang melanda lebih 50 negara ini berpotensi untuk memberi impak-impak yang sangat dahsyat kepada rakyat mereka, sebagaimana yang turut dinyatakan oleh Steiner. Menurutnya,

“Kini terdapat 54 buah negara yang berada dalam senarai kami. Lebih mengejutkan, kadar faedah terus meningkat, pinjaman kini menjadi lebih mahal, harga bahan api, harga makanan dan semua ini menyebabkan kita tidak dapat mengelak dari melihat satu jumlah yang mereka ini tidak akan mampu untuk membuat pembayaran.”

Beliau selanjutnya menyatakan bahawa situasi tersebut akan menghasilkan senario yang sangat dahsyat serta mengaitkannya dengan situasi yang melanda Sri Lanka yang pada dasarnya mempunyai isu yang serupa.

Beliau membuat kenyataan sedemikian ketika berucap di COP27 Persidangan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang pada tahun ini dilangsungkan di Mesir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: