Tempatan

“Aku Tak Boleh Duduk Dengan B40” – Pensyarah Diselar Perkecil Pelajar Susah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 30 Mac 2022 – Seorang pensyarah universiti awam berpangkat profesor diselar oleh para netizen gara-gara sebuah komen yang dianggap memperkecilkan pelajarnya yang tidak mampu memiliki komputer riba.

Dalam sebuah rakaman video yang tular, profesor tersebut dirakam dalam sebuah sesi pembelajaran atas talian sedang bertanya kepada pelajar tersebut sama ada beliau mempunyai komputer riba atau tidak.

Apabila pelajar tersebut menjawab “tiada”, profesor tersebut tidak dapat menyembunyikan perasaannya lalu mengeluarkan kata-kata yang menyinggung.

“Hanya 800 saja beli komputer. Apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40. Dia lebih memikirkan pasal hal lain selain daripada pelajaran,” ujar profesor tersebut.

Pensyarah itu turut dirakam bertanyakan beberapa soalan lain tentang latar belakang dan hal peribadi pelajar tersebut, seperti pekerjaan ibu dan bapanya.

Pelajar tersebut telah menyatakan bahawa bapanya tidak berkerja dan ibunya sudah meninggal dunia.

“Mak kau dah tak ada? Bapak kau tak ada kerja? Kau tak ada adik-beradik?” soal profesor terebut.

Apabila pelajar tersebut menjawab “ada,” profesor tersebut kemudiannya menyuruh kakak pelajar tersebut menggadaikan harta untuk membelikannya komputer riba.

“Kau cakap dengan kakak kau kalau dia ada gelang emas, pergi jual gelang emas, pergi beli komputer,” tegas beliau.

“Lepas ini aku akan ajar kau Excel, pasal tu kau akan jadi ‘drop-out student’ (pelajar gagal),” tambahnya lagi.

Hal ini mendapat kecaman ramai pihak dan banyak pihak menuntut supaya tindakan diambil, tidak kurang juga yang membangkitkan matlamat utama UiTM ditubuhkan adalah bagi membantu golongan-golongan kurang bernasib baik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: