Antarabangsa

Gaddafi Dibunuh Untuk Sabotaj Penubuhan United States Of Africa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LIBYA, 10 Mei 2022 – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dikatakan telah membunuh Muammar Gadaffi, Presiden Libya sebagai sabotaj penubuhan United States of Africa.

Berikut merupakan sebuah pendedahan daripada 3,000 emel milik Hillary Clinton, ahli politik Amerika yang dikeluarkan pelayan emel peribadinya pada akhir Disember 2015.

Menurut sebuah ciapan di Twitter, kira-kira satu pertiga emel tersebut dihantar daripada orang kepercayaan Clinton, Sidney Blumenthal.

“Kerajaan Gaddafi memegang 143 tan emas, dan jumlah yang sama bagi perak. Emas ini terkumpul sebelum pemberontakan berlaku dan bertujuan untuk digunakan bagi penubuhan mata wang pan-Afrika berdasarkan dinar emas Libya. Rancangan ini direka untuk menyediakan Negara Francophone di Afrika dengan alternatif kepada franc Komuniti Kewangan Afrika (CFA),” tulis Blumenthal dalam sebuah emel bertarikh 2 April 2011.

Dalam emel asal yang telah dinyahklasifikasikan menyebut, “Menurut individu berpengetahuan, kuantiti emas dan perak ini bernilai lebih $7 bilion. Pegawai perisikan Perancis menemui rancangan ini sejurus selepas pemberontakan bermula, dan ini adalah salah satu faktor yang mempengaruhi keputusan Presiden Nicolas Sarkozy yang membenarkan Perancis menyerang Libya.”

Tambahnya, rancangan Sarcozy turut didorong oleh isu-isu seperti keinginan untuk mendapatkan saham lebih besar dalam pengeluaran minyak di Libya, meningkatkan pengaruh Perancis di Afrika Utara dan menangani kebimbangan penasihatnya terhadap rancangan jangka masa panjang Gaddafi untuk menggantikan Perancis sebagai kuasa dominan di Afrika Francophone.

Bukan itu sahaja, emel-emel tersebut tidak mengandungi sebarang perbincangan tentang isu kemanusiaan, malah objektif utamanya adalah untuk menghapuskan penyatuan Afrika, wang, kuasa dan juga minyak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: