Tempatan

Janji MA63 Akan Dilunaskan – Ismail Sabri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SANDAKAN, 16 November 2022 – Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berjanji akan berusaha dalam memastikan setiap perjanjian termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dilunaskan secara berperingkat, lapor sebuah portal tempatan.

“Saya merupakan Pengerusi (Jawatankuasa Khas) MA63 yang bermesyuarat setiap bulan dengan Sabah diwakili Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor). Saya dah beri komitmen bahawa segala tunggakan yang belum selesai melalui MA63, kita akan selesaikan sedikit demi sedikit,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama rakyat Libaran di Program Perumahan Rakyat (PPR) Gum Gum pada Selasa.

Ujar Pengerusi Jawatankuasa Khas MA63 itu, “Ini komitmen Kerajaan Persekutuan dan saya percaya dengan apa yang kita beri melalui MA63 yang kita laksanakan, Insya-Allah perubahan besar akan berlaku di Sabah.”

Menurut Dato’ Sri Ismail Sabri, banyak perkara telah dicapai menerusi jawatankuasa khas MA63, termasuk dalam aspek bayaran tunai petroleum daripada Petronas dan cukai jualan ke atas produk petroleum kepada negeri ini yang bernilai hampir RM5 bilion.

Selain itu, rancangan masa depan pun telah dibincang dengan pihak Sabah dari segi mewujudkan syarikat berkaitan penghasilan minyak (petroleum). Ini adalah supaya Sabah juga mempunyai pegangan dalam saham berkaitan penjualan minyak.

Terdahulu, Dato’ Sri Ismail Sabri memberi jaminan akan memastikan hak-hak bagi Sabah dan Sarawak sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terpelihara.

“Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan MA63 yang diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Dewan Rakyat pada 14 Dis 2021, bukti Kerajaan serius mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: