Antarabangsa

Majlis Keselamatan Gagal Capai Resolusi, Giliran Perhimpunan Agung PBB Bersidang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 25 Oktober 2023 – Majlis Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan pertemuan pada Khamis ini bagi membincangkan konflik yang telah berlaku di antara Hamas dan rejim Israel.

Perkara tersebut telah diumumkan menerusi sebuah surat yang telah dihantar kepada negara-negara ahli.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan PBB telah gagal untuk mendapat persetujuan berkenaan resolusi bagi konflik yang terjadi.

Minggu lalu, Majlis Keselamatan PBB yang mana ahli-ahlinya telah berbeza pandangan berkenaan isu Israel-Palestin ini telah menolak draf bagi resolusi yang dibuat oleh Rusia, yang menyeru agar diadakan “humanitarian pause”.

Hanya lima daripada 15 negara ahli telah memberi sokongan terhadap draf itu, yang mana draf tersebut telah mengutuk segala jenis keganasan terhadap orang awam serta tindakan-tindakan yang bersifat keganasan.

Namun draf tersebut tidak menamakan Hamas sebagai pelaku keganasan, dan perkara ini telah mendapat tentangan daripada Amerika Syarikat, United Kingdom serta Perancis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: