Antarabangsa

Aktivis bakar diri sempena Hari Bumi depan Mahkamah Agung

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT (AS), 26 April 2022 – Seorang aktivis perubahan iklim, Wynn Alan Bruce, 50, meninggal dunia selepas bertindak menyalakan api pada dirinya sendiri, tanda protes pada Hari Bumi (22 April 2022) baru-baru ini.

“Ini bukan perbuatan bunuh diri,” tegas Kritee Kanko, seorang saintis yang juga merupakan rakan kepada Bruce.

“Ini adalah sebuah perbuatan tidak mengenal gentar yang penuh rasa prihatin, bagi menarik perhatian (masyarakat) kepada isu perubahan iklim,” tambahnya lagi seperti yang dilaporkan The New York Times.

Bruce, seorang penganut ajaran Shambala Buddhism dikatakan menghembus nafas terakhirnya pada hari Sabtu (23 April 2022), sehari setelah kejadian di hadapan mahkamah tersebut. Kematiannya dilaporkan gara-gara kecederaan yang dialaminya.

Bruce dipercayai membakar dirinya sendiri di hadapan Mahkamah Agung susulan sebuah kes di mahkamah tersebut yang berkemungkinan besar akan mempengaruhi usaha menangani perubahan iklim di AS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: