Akta Kredit Pengguna Perlu Kawal Selia ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PETALING JAYA, 08 Ogos 2022 – Penjualan berkonsepkan ‘beli sekarang bayar kemudian’ (BNPL) yang semakin meluas di pasaran e-dagang perlu dikawal selia melalui penggubalan Akta Kredit Pengguna (CCA) untuk mengelakkan semakin ramai pengguna menanggung beban hutang yang banyak, malah berisiko muflis.
Menurut Pensyarah Ekonomi Universiti Tun Abdul Razak Profesor Dr Barjoyai Bardai, BNPL perlu dikawal selia kerana ada kemungkinan banyak terma atau syarat tersorok dalam perkhidmatan yang ditawarkan.
Jelasnya, ramai pengguna berdepan hutang yang banyak jika terlampau taksub membeli tanpa merujuk kepada syarat-syarat yang dikenakan.
“Menerusi BNPL, pengguna boleh membeli produk atau perkhidmatan serta-merta melalui bayaran secara ansuran tanpa menyedari adanya caj tersembunyi yang dikenakan.”
“Menurut laporan, hutang individu dalam kalangan rakyat Malaysia adalah tinggi ketika ini. Oleh sebab itu Bank Negara sedang mengumpul data mengenai BNPL bagi mengelakkan lebih ramai yang terjejas dari segi kewangan.”
Walau bagaimanapun, Barjoyai menjelaskan bahawa akta CCA tidak menjejaskan perkembangan pasaran e-dagang yang dijangka menjana RM2 bilion hasil transaksi melalui BNPL tahun ini, sebaliknya hanya berfungsi melindungi hak pengguna.
“Akta CCA ini hanya bertujuan mengawal selia kaedah pembiayaan seperti BNPL sama ada ia memenuhi akta kewangan atau urus niaga itu melebihi satu-satu had.”
“Ia untuk melindungi pengguna daripada dieksploitasi syarikat BNPL, bukan untuk menyekat penggunaannya, tetapi mengenal pasti syarat-syarat yang dikenakan kepada pengguna.”
Sebelum ini, Kerajaan mengumumkan mahu mengetatkan kawal selia kredit pengguna termasuk perkhidmatan BNPL melalui penggubalan CCA bagi memperkukuhkan perlindungan pengguna kredit negara ini.
Jelasnya, langkah tersebut diambil bagi mengawal jumlah individu muflis yang dijangka boleh meningkat dua hingga tiga kali ganda jika pertumbuhan ekonomi negara terus perlahan.
“Bank Dunia meramalkan Malaysia akan terkesan dengan kenaikan semula bilangan jangkitan COVID-19 seterusnya memberi kesan kepada proses pemulihan ekonomi.”
Justeru, Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan bersama berkata Kerajaan melalui pasukan petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB) mempelawa maklum balas dan ulasan mengenai kertas