Tempatan

Akta DBP Bakal Diperkasa, Boleh Ambil Tindakan Pada Papan Tanda – PM

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Mac 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 akan dipinda dan diperkasa bagi membolehkan pihak DBP mengambil tindakan terhadap mana-mana pelanggaran bahasa Melayu termasuk di peringkat daerah.

Katanya, Akta DBP sedia ada tidak mampu memberi kuasa kepada agensi kerajaan itu untuk menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu.

BACA: ‘Rebus Umat Islam Macam Rebus Katak’, Archbishop Julian Leow Perlu Tampil Beri Penjelasan – Pengerusi PEMBELA

BACA: Memalukan, 64 Tahun Merdeka, Teks Sahih Perlembagaan Masih Dalam Bahasa Inggeris – Datuk Zainul Rijal

BACA: Teks Sahih Perlembagaan Bahasa Melayu: Sekarang Bukan Isu Terjemah, Tetapi Pelaksanaan – Dato’ Julita Ilhani

“Akta DBP akan diperkasa dengan DBP diberikan kuasa penguatkuasaan. Sebagai contoh, penggunaan ahasa Melayu di papan-papan tanda, DBP boleh mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan kuasa (yang berkaitan hal penggunaan bahasa).”

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berakhir pada Sabtu lalu.

Naib Presiden UMNO itu juga berkata pekeliling telah dikeluarkan kepada agensi, kementerian dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk menggunakan bahasa Melayu dalam setiap program.

Beliau turut bercita-cita untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kedua ASEAN telah mewajibkan semua pelajar asing di negara ini untuk mempelajari bahasa Melayu dan perkara itu dipersetujui Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad.

Baginya, cita-cita tersebut tidak mustahil memandangkan lebih 300 juta penduduk di ASEAN menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan sekaligus menjadikan ia bahasa ketujuh jumlah penutur teramai di dunia.

Leave a Reply

Back to top button