Tempatan

Akta Anti Lompat Parti Dijangka Berkuat Kuasa Tengah Bulan Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 September 2022 – “Insya-Allah saya akan membuat pengumuman berhubung kedudukan sebenar undang-undang tersebut pada minggu depan dengan harapan kita boleh menggazetkannya minggu depan. Saya guna Insya-Allah kadangkala ada halangan di luar kawalan dan ia (tetap perlu) keputusan bersama,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam isu penggazetan Akta Anti Lompat Parti.

Katanya lagi, beliau menjangkakan ia dapat dikuatkuasakan tidak lewat daripada pertengahan September ini, bersesuaian dengan garis masa yang diperlukan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Undang-undang ini sudah lulus dan telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, tidak ada halangan lagi. Tetapi kita mahu semua negeri menggunakan modul yang diperkenan dalam Jadual 8 bawah pindaan Perlembagaan supaya tidak ada perbezaan dengan undang-undang negeri lain.”

Beliau menegaskan bahawa, “Kita tak mahu nanti ahli Parlimen dilarang bertukar parti, tetapi ADUN boleh. Jadi perlu diselaraskan sama ada negeri-negeri yang sudah ada pindaan atau belum, perlu pinda Perlembagaan mereka supaya mereka bersama dalam situasi (dengan Pusat).”

Pakar Undang-Undang dan Perlembagaan UIAM, Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar sebelum ini mahu tindakan melompat parti atau berpaling tadah sama ada di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen dijadikan sebagai satu perbuatan yang tidak sah bagi memelihara kedaulatan undang-undang dan integriti Perlembagaan.

“Budaya beralih parti selepas diundi oleh rakyat bagaikan satu pengkhianatan terhadap kepercayaan yang diberikan kepada mereka. Perlakuan sedemikian adalah politik yang tidak beretika dan perlu dielak bagi memelihara struktur demokratik di negara ini,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: