Tempatan

Akta 355: Kerajaan Akan Teruskan Pindaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 7 April 2021 – Kerajaan akan melakukan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Semakan 1988) (Akta 355) bagi membolehkan hukuman lebih berat dijatuhkan ke atas individu terbabit dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Namun kerajaan masih belum menetapkan bila pindaan itu akan dibentangkan di Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberitahu, tindakan itu diteruskan kerana budaya LGBT bukan hanya menjadi satu kesalahan syarak dan undang-undang Islam, malah bertentangan fitrah manusia.

Beliau berkata, apa yang mahu dipastikan ialah lelaki terus kekal dengan sifat kelelakiannya manakala perempuan juga tetap dengan sifat keperempuanannya.

“Seperti mana kita tahu dari satu sudut budaya LGBT bukan hanya bertentangan dengan ajaran Islam, malah bertentangan fitrah manusia.”

“Jadi kita tidak boleh mengiyakan (menerima) perbuatan seperti itu (LGBT). Cuma kita kena kendalikan isu berkenaan dengan penuh hikmah, mengajak dan mendidik mereka (golongan LGBT) kembali ke pangkal jalan serta sama-sama membetulkannya.”

“Selebihnya kita kena tengok dari aspek perundangan dan pandangan pakar (Peguam Negara) mengenai pindaan sebelum Akta 355 dibentangkan ke Kabinet dan Parlimen untuk kelulusan ke arah mewujudkan keharmonian, kebaikan dan keselesaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia pada masa depan.”

Awal tahun ini, kumpulan G25 dan SUHAKAM membantah cadangan meminda Akta 355 bagi membolehkan hukuman lebih berat dijatuhi ke atas pesalah perbuatan LGBT.

G25 mendakwa pindaan terhadap akta itu dapat ditafsirkan sebagai langkah pertama negara untuk melaksanakan hudud manakala SUHAKAM pula mendakwa hukuman Akta 355 ini bersikap zalim dan bertentangan dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa.

Akta 355 memperuntukkan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan bagi kesalahan di bawah hukum syarak

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: