Antarabangsa

Akibat Mabuk, Polis Jepun Hilang Dokumen Kes

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KYOTO, 16 Ogos 2022 – Seorang pegawai polis kehilangan dokumen siasatan mengandungi maklumat peribadi 400 orang, termasuk suspek jenayah setelah mabuk dan tertidur di tepi jalan.

Menurut laporan, pegawai polis yang berusia 49 tahun itu telah kehilangan sebuah beg berisi dokumen antara pukul 11 malam (waktu tempatan) Jumaat dan pukul 5 pagi Sabtu setelah tersedar daripada tidur berhampiran sebuah stesen kereta api.

Mengulas lanjut, dokumen terbabit mengandungi maklumat peribadi seperti tarikh lahir suspek, alamat rumah dan tempat kerja, namun tiada laporan yang menyatakan maklumat itu disalahgunakan setakat ini.

Berdasarkan media tempatan, pegawai polis berkenaan minum tujuh gelas minuman termasuk bir dan arak tempatan shochu bersama dua orang bawahannya di sebuah bar kira-kira pukul 8.30 malam pada Jumaat lalu di bandar Nishonomiya.

Dia dalam keadaan mabuk tertidur di tepi jalan ketika berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya setelah menghantar pulang dua orang bawahannya di sebuah stesen kereta api, kira-kira pada pukul 11 malam.

Berdasarkan peraturan, pegawai polis Jepun dilarang membawa bahan siasatan di luar tempat kerja tanpa kebenaran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: