Tempatan

Muafakat Nasional Bakal Tubuhkan Sekolah Politik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Disember 2022 – Tan Sri Annuar Musa akan menubuhkan sekolah politik yang diberi nama Sekolah Memahami Pengurusan Negara (SEMPURNA) melalui badan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskannya, Muafakat Nasional (MN).

Dalam sidang media pada Khamis lalu, Annuar berkata sekolah politik adalah antara projek awal yang akan dilakukan dalam memahami pengurusan negara.

“Sekolah politik adalah saluran untuk kita menyampaikan hal-hal yang berkaitan demokrasi, Perlembagaan, asas penubuhan negara, kontrak sosial dan hal ehwal semasa negara menerusi pakar-pakar.”

“Itu antara perkara yang kita harap dapatkan sampaikan secara sistematik.”

Tegasnya, MN sebagai NGO bukanlah parti politik.

Justeru, keahliannya terbuka kepada kepada semua ahli parti dan bukan parti bagi membolehkan peranan MN iaitu menanam nilai-nilai dan kefahaman kenegaraan yang berasaskan kepada kasih sayang, perpaduan dan saling menghormati.

“Tiga nilai asas ini tidak patut diambil mudah. Ia harus ada usaha yang tersusun untuk melatih rakyat terutama generasi muda.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: