Antarabangsa

Suspek Guna QR Palsu, Curi Wang Derma Diberkas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 14 April 2023 – Seorang lelaki berusia 38 tahun diberkas kerana didakwa mencuri wang derma badan amal dengan menggunakan pelekat kod QR palsu di tempat awam, Selasa lalu.

Lapor sebuah berita, wang tersebut kemudiannya disalurkan ke dalam akaunnya.

BACA JUGA: Artifak Purba ‘Penang Women’ Bakal Kembali Ke Malaysia

BACA JUGA: Kilang Peluru Tercanggih Bakal Dibina Di Kuala Pilah

BACA JUGA: Rapid Rail Lanjut Waktu Operasi Sehingga Jam 1:30 Pagi Sabtu Ini

Suspek berkenaan didapati melakukan kesalahan tersebut di 38 lokasi seperti masjid, stesen minyak dan pusat beli belah sejak 1 April lalu

Menurut Ketua Pesuruhjaya Polis, Auliansyah Lubis, suspek dipercayai menampal pelekat QR di masjid atau ditembok kosong dan pihaknya juga sudah menemui tiga akaun milik suspek.

Jelas beliau, siasatan awal menunjukkan suspek yang menggunakan kod QR ‘Kerja Baik Pulih Masjid’ itu memperoleh 13 juta rupiah (RM3,860) ke dalam akaunnya.

Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada lelaki berkenaan menganggotai pertubuhan jenayah atau sindiket.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki dilihat seolah-olah meletakkan pelekat kod QR palsu pada kotak derma di sebuah masjid.

Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengatakan bahawa tindakan sedemikian adalah tidak wajar dan menggesa semua pihak terutamanya Ahli Jawatankuasa masjid dan surau untuk sentiasa memantau kod QR masing-masing.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: