Tempatan

Akhirnya, Harga Dan Bekalan Ayam Kembali Stabil

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Ogos 2022 – Campur tangan Kerajaan dalam menstabilkan harga dan bekalan ayam akhirnya membuahkan hasil apabila bahan mentah tersebut mempunyai lebihan bekalan di pasaran selepas beberapa bulan mengalami kekurangan, kata Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Kata beliau, beberapa inisitif yang diambil seperti pemansuhan permit yang diluluskan (AP) serta membuka import dan menghentikan sementara eksport memberi kesan dalam menstabilkan bekalan domestik.

“Pada masa ini, kita lihat lebihan bekalan ayam yang menyebabkan harga ayam di pasaran lebih rendah daripada harga siling,” ujar beliau.

Kata beliau lagi, kadar kemampanan ayam negara ketika ini berada pada tahap 106 peratus sekaligus menjadikan Malaysia mempunyai kapasiti untuk mengeksport ayam, jawabnya kepada soalan tambahan daripada Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) yang bertanyakan tentang bagaimana Kerajaan akan terlibat dalam industri itu yang kini sudah boleh boleh berdiri sendiri.

Jelas Kiandee, pihak Kerajaan akan menilai semula harga siling ayam dan kelulusan untuk mengeksport ayam apabila harga siling berada pada harga RM9.40 sekilogram (kg) di Semenanjung Malaysia yang berakhir pada 31 Ogos ini.

“Tentu sekali selepas 31 Ogos ini Kerajaan akan mengkaji aspek sama ada nak kekalkan subsidi atau nak apungkan harga, ataupun untuk membuka semula eksport ayam bulat ke luar negara,” jelasnya.

Mengulas lanjut, pihak Kerajaan tidak dapat memberi jaminan bahawa harga barangan tidak akan terus meningkat kerana katanya faktor dari luar negara turut memberi pengaruh.

“Konflik geopolitik dan kejatuhan nilai Ringgit merupakan salah satu faktor,”

“Penyakit, banjir, kemarau dan peningkatan kos buruh telah menyebabkan kenaikan kos input,” katanya.

Berikutan itu, kata beliau pihak Kerajaan mengambil langkah untuk memberikan subsidi bagi menangani masalah tersebut sekaligus menjawab kepada soalan tambahan yang diajukan oleh Steven Choong (PBM-Tebrau) mengenai kecukupan langkah Kerajaan dalam mengawal kenaikan harga untuk dua hingga tiga tahun akan datang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: