Antarabangsa

Akhbar Perancis Gambarkan Pasukan Bola Sepak Qatar Sebagai ‘Pengganas’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERANCIS, 11 November 2022 – Sebuah akhbar Perancis telah menyiarkan sebuah gambar kartun yang menunjukkan pasukan bola sepak kebangsaan Qatar sebagai ‘pengganas’ dan perbuatan ini telah menimbulkan kemarahan bagi warga negara Teluk itu.

Karikatur tersebut telah diterbitkan beberapa hari sebelum Qatar disahkan menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia FIFA 2022 di mana negara tersebut merupakan negara arab dan Timur Tengah pertama yang menyusun pertandingan bertaraf antarabangsa itu.

Gambar yang menyinggung perasaan tersebut telah diterbitkan oleh Le Canard Enchaîné keluaran bulan Oktober yang memaparkan tujuh orang lelaki berjanggut yang memakai jersi bola sepak, yang tertulis padanya perkataan “Qatar”.

Gambar tersebut memaparkan lelaki-lelaki tersebut sedang mengejar bola di kawasan pasir sambil membawa parang, pistol serta pelancar roket.

Salah seorang lelaki pada kartun tersebut dilihat memakai tali pinggang yang disertakan dengan bom-bom letupan. Lima daripada lelaki tersebut memakai jubah biru dan dua daripada mereka memakai baju hitam beserta seluar dan muka mereka ditutup dengan kain.

Karikatur tersebut telah mengundang banyak kritikan di media-media sosial. Ramai warga maya yang menyifatkan karikatur tersebut sebagai sesuatu yang bersifat perkauman dan berbaur kebencian.

Qatar telah disahkan menjadi tuan rumah bagi pertandingan yang berprestij itu dari 20 November sehingga 18 Disember tahun ini. Namun penglibatan negara tersebut dalam piala bola sepak itu telah menimbulkan pelbagai serangan terutamanya berkaitan dengan rekod hak asasi manusia di negara itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: