Antarabangsa

Akaun Twitter Yang Disahkan Menyamar Sebagai LeBron James, George W. Bush Dan Lain-Lain

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CALIFORNIA, 13 November 2022 – Akaun Twitter palsu disahkan membanjiri seluruh platform media sosial itu selepas pemilik baharu, Elon Musk membatalkan dasar pengesahan laman baru-baru ini.

Bermula 9 November lalu, Elon Musk mengenakan bayaran bulanan untuk akaun pengesahan ‘blue tick’ dengan harga AS$8 (RM37.98) sebulan.

Antara profil palsu yang terlibat adalah bekas Presiden AS, George W. Bush dan bintang NBA, LeBron James.

Laporan menyebut bahawa sejurus selepas Twitter melancarkan perkhidmatan langganan pada Rabu, akaun tanda biru yang menyamar sebagai Bush menulis tweet “Saya rindu membunuh rakyat Iraq” diiringi emoji muka sedih.

Sebuah akaun yang menyamar sebagai bekas Perdana Menteri UK Tony Blair juga dilihat mengulang hantaran itu sambil menambah: “Tbh (sejujurnya).”

Tokoh sukan terkemuka, termasuk penyerang Los Angeles Lakers James, LeBron James juga terkena dengan profil palsunya mengumumkan pemain itu kononnya meminta untuk berpindah ke pasukan lain.

Rata-rata pengguna Twitter risau akan kejadian itu, namun ada juga yang berpandangan perkara itu melucukan.

Sama juga seperti Elon Musk yang beranggapan perkara itu bukan perkara yang baik, namun dalam masa yang sama dia juga melabelkan perkara itu menghiburkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: