NGO

Hina Agama: Jangan Terdetik Dalam Hati Untuk Hina Dan Persenda Islam – Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 18 Julai 2022 – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Hj Aminuddin Yahaya mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak sesekali terdetik dalam hati untuk menghina dan mempersendakan agama Islam supaya perkara-perkara yang tidak dapat dikawal dan tidak diingini tidak terus berlaku dengan lebih teruk sehingga mencapai tahap huru-hara walaupun sesama seagama dan sebangsa.

Beliau berkata sedemikian susulan dari video yang tular baru-baru ini mengenai seorang lelaki mengeluarkan kenyataan menghina dan mempersendakan agama Islam dengan kata-kata biadap serta jelek sehingga menaikkan kemarahan umat Islam di negara ini.

“Kita dapat lihat yang video itu dibuat khas dalam bentuk mencabar-cabar agar siapa yang melihat video itu supaya mencarinya. Senang kata, video itu memang provokasi ‘direct‘.”

“Akhirnya, ada beberapa individu yang datang ke rumahnya dan membelasah sehingga ‘lunyai’ teruk sebelum sempat polis menahannya,” ujar Pengerusi PEMBELA itu.

Walau bagaimanpun, beliau yang ditahan pada Ahad lepas di sebuah rumah di Puchong bakal disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Hj Aminuddin Yahaya dalam kenyataan Facebooknya berkata, penghinaan terhadap agama Islam secara terbuka bermakna mencabar seluruh masyarakat yang beragama Islam dan apabila ia berlaku, seluruh anggota sesebuah masyarakat, memang susah untuk mengawal tindak-tanduk dan rasional setiap orang.

“Pasti akan ada hilang pertimbangan dan akhirnya ‘sahut’ cabaran tersebut. Apatah lagi memang ‘cabaran’ itu dinyatakan secara jelas oleh penghina agama itu. Kalau dah hilang pertimbangan, pasti akan bertindak di luar jangkaan. Itu kita kena ingat.”

Oleh kerana itu, menurut beliau; “kita nak hukuman mengenai penghinaan terhadap agama, terutamanya Islam yang merupakan Agama Persekutuan dan masyarakat majoriti dipertingkatkan ke tahap yang maksima. Penguatkuasaannya pula perlu seiring dengan kadar efisyen dan kepantasan yang tinggi.

Menutup kenyataanya, beliau berharap semoga peristiwa ini menjadi iktibar kepada semua rakyat Malaysia terutama sekali buat mereka yang membencikan agama Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: