Tempatan

‘Hadi Minallah’: JAIS Masih Kenal Pasti Watak Individu – Pengarah JAIS

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 14 September 2022 – Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad menegaskan bahawa siasatan mengenai ajaran sesat ‘Hadi Minallah’ masih dilakukan termasuk mengenal pasti perwatakan individu terbabit untuk mengaitkannya dengan maklumat yang diterima.

Ujarnya, pihak berkuasa masih lagi memantau ajaran sesat ‘Hadi Minallah’, namun maklumat lanjut tidak boleh didedahkan lagi.

“Kita tidak maklumkan apa-apa sebelum kita muktamadkan hasil siasatan awal. Sebab kita tidak mahu ada apa-apa juga maklumat yang akhirnya ia dieksploitasi dan kita nanti menang promosi sahaja,” ujar Pengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad.

Katanya, maklumat lanjut akan dikongsikan apabila Jawatankuasa Persidangan memuktamadkan hasil siasatan awal.

“Tiada strategi untuk bertindak akhirnya kita tidak dapat matlamat perundangan untuk dikuatkuasakan,” katanya dalam Majlis Perasmian Masjid Ar Raudhah Seksyen U10, Puncak Perdana malam tadi.

Tambah beliau lagi, setiap maklumat tentang ajaran sesat tersebut sedang disahkan bagi memastikan kes tersebut menang di mahkamah.

Sebelum ini, samudera.my pernah melaporkan ajaran sesat ‘Hadi Minallah’ bergiat aktif di Kuala Lumpur, Kajang dan Johor.

Ajaran berasal dari Indonesia itu diasaskan oleh Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minallah Aminuddin Ahmad dan didakwa menyebarkan beberapa fahaman yang sesat seperti akidah sesat Nur Muhammad, fahaman pluralisme agama, fahaman makrifat yang menyesatkan bahkan mengaku bahawa beliau bukan Islam serta tidak mempunyai agama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: