Tempatan

‘Gelombang Abah’ Lawan Kezaliman, Lebih Besar Daripada Reformasi – Takiyuddin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Mac 2023 – ‘Gelombang Abah’ yang dijangka akan dibangkitkan oleh rakyat dalam menentang kezaliman Kerajaan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkemungkinan akan lebih besar berbanding gerakan reformasi yang berlaku pada sekitar 25 tahun lalu.

“Saya rasa apa yang berlaku ini akan menambah lagi sokongan kerana rakyat memahami apa yang berlaku,” kata Ahli Majlis Tertinggi PN yang juga Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Haji Takiyuddin Hassan.

BACA JUGA: PBB Potong Bantuan Makanan Rohingya Di Bangladesh, Pemerhati Gusar

BACA JUGA: KWSP Sebagai Cagaran Pinjaman “Bad Idea” – Kesatuan Pekerja Bank Sarawak

BACA JUGA: Mentega Terbang: Polis Sudah Ambil Keterangan Pengarah, Pelakon

Beliau berkata, gelombang itu kemungkinan akan diterjemahkan dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang di mana ‘gelombang’ ini dijangka akan lebih besar daripada reformasi.

“Kami akan terus bersama dengan Muhyiddin,” tambah beliau.

Kenyataan beliau itu adalah bagi mengulas akan kes enam pertuduhan yang membabitkan RM232.5 juta terhadap Muhyiddin.

Dalam masa yang sama, beliau turut menganggap bahawa tuduhan terhadap Muhyiddin itu adalah semata-mata tuduhan berbentuk politik dan meyakini bahawa tuduhan tersebut dapat dihadapi dengan sebaiknya.

Baru-baru ini, Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa serta dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: