Tempatan

Ajaran PMYT Dalam Perhatian PDRM – JAKIM

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 31 Ogos, 2021 – Doktrin fahaman ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) kini dalam perhatian dan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menerima aduan daripada orang ramai.

PMYT digerakkan oleh seorang wanita digelar Sittah Annur.

Dia membawa naratif ajaran ini dengan mengundang ketakutan dalam kalangan pengikutnya supaya membolehkan mereka menuruti apa jua ajarannya.

Sittah juga memomokkan dirinya adalah ‘pilihan Tuhan’ dan hanya dia mampu untuk menyelamatkan manusia akhir zaman.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, pihaknya bimbang kerana ia bukan hanya membabitkan soal akidah, malah turut menyentuh soal keselamatan negara.

“Ajaran ini adalah meragukan dan dikhuatiri boleh merosakkan akidah umat Islam sekiranya tidak dibendung.”

Oleh itu, JAKIM menyeru orang ramai untuk menyerahkan isu ini kepada pihak berkuasa supaya tindakan drastik dapat diambil.

“Kita juga menyeru seluruh umat Islam supaya dapat mempertingkatkan kefahaman dan penghayatan Islam secara menyeluruh melalui pegangan akidah, syariah dan akhlak berpandukan ajaran syariat yang benar.”

Leave a Reply

Back to top button