Antarabangsa

Aiskrim ‘Pembunuh’ Punca Kematian Dikenal Pasti

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT (AS), 07 Jun 2022 – Penularan wabak listeria yang melanda wilayah Florida pada tahun lalu menyebabkan 23 orang jatuh sakit sehingga terdapat satu kematian. Ia dikatakan berpunca daripada sebuah kilang aiskrim di sana.

Dalam sebuah siasatan yang dijalankan oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC), jabatan tersebut mendapati punca penularan wabak tersebut adalah dari sebuah syarikat di sana, Big Olaf Creamery.

Dalam kenyataan CDC pada 2 Julai lalu, mereka menasihatkan pengguna yang telah membeli produk berkenaan untuk tidak memakan aiskrim tersebut dan membuangnya.

“Pengguna yang memiliki aiskrim jenama Big Olaf Creamery perlu buang produk tersebut yang berbaki. Jenama aiskrim Big Olaf Creamery hanya dijual di Florida,” jelas kenyataan tersebut.

Peniaga yang ada membeli produk tersebut untuk pasaran turut digesa untuk tidak menjual produk tersebut serta disarankan untuk membersihkan kawasan dan peralatan yang bersentuhan dengan aiskrim terbabit.

“Bersihkan dan nyah-jangkit sebarang kawasan dan peralatan yang bersentuhan dengan produk aiskrim Big Olaf, termasuk penceduk aiskrim dan peralatan menghidang yang lain.” Tegas CDC.

Listeria adalah sejenis bakteria yang jarang dijumpai, tetapi boleh mengakibatkan kesan sampingan yang teruk apabila ia menjangkiti seseorang.

Leave a Reply

Back to top button