Tempatan

Air Terjun Gunung Ledang Kembali Dibuka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TANGKAK, 03 Julai 2023 – Air Terjun Gunung Ledang kembali dibuka kepada orang ramai mulai Sabtu ini selepas setahun ditutup.

Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan sementara lokasi tersebut kepada orang awam sejak setahun lalu adalah bagi membaik pulih dan menaik taraf kemudahan awam demi keselesaan pengunjung.

BACA JUGA: Insiden Bakar Al-Quran Di Sweden: PAS Gesa Malaysia Bertindak Lebih Tegas

BACA JUGA: Tragedi Kepala Air Kemaman: Identiti 8 Individu Dikenal Pasti

BACA JUGA: Tindakan Tegas Perlu Diambil Siasat Insiden Tular VIP Buat Kecoh Di KLIA – CUEPACS

Bagaimanapun, menurut PTNJ, resort bagi penginapan di Air Terjun Gunung Ledang masih belum beroperasi dan kehadiran pelawat hanya melibatkan kemasukan harian.

Pengarahnya, Taufik Bahar berkata, sebagai tanda penghargaan, PTNJ akan menganjurkan Karnival Gunung Ledang selama tiga hari bermula 8 hingga 10 Julai 2023 dengan membenarkan orang awam masuk secara percuma sepanjang tempoh tiga hari karnival itu berlangsung.

“Bagi menghargai kesabaran dan penantian semua pihak, PTNJ bersetuju untuk membenarkan orang awam masuk secara percuma dan tiada bayaran masuk serta tiket parkir kenderaan dikenakan sepanjang tempoh tiga hari karnival ini berlangsung.”

“Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik akan diadakan sepanjang karnival berlangsung seperti Karnival Tanah Daerah Tangkak, pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta, Fun Run, Fun Ride, gerai jualan, pemeriksaan kesihatan, pertandingan karaoke, motorbike show, pertandingan mewarna serta apresiasi bahasa dan sastera.”

Namun, bagi memastikan keselamatan terkawal dan tahap kebersihan terjaga, jumlah kemasukan ke kawasan air terjun dihadkan kepada seramai 2,000 pengunjung pada satu-satu masa.

Pelawat turut disaran membawa plastik sampah sendiri atau membelinya daripada pihak PTNJ bagi tujuan membawa keluar sampah masing-masing dari kawasan rekreasi berkenaan dengan tong sampah turut disediakan di luar kaunter pembelian tiket.

Tambahnya, pembukaan semula Air Terjun Gunung Ledang kepada orang ramai juga adalah usaha untuk membawa limpahan ekonomi kepada para peniaga tempatan dan masyarakat sekitar.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi PTNJ menerusi talian 069772254 (pejabat) 013-7440953 atau 013-7440961.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: