Tempatan

Air Hujan Tidak Selamat Diminum, Ada Kandungan ‘Forever Chemicals’ 

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 20 Ogos 2022 – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memaklumkan dalam satu kenyataan mengenai air hujan hampir seluruh kawasan di dunia tidak lagi selamat untuk diminum kerana mempunyai ‘forever chemicals’ di dalamnya.

“Bahan per- dan poli-fluoroalkil (PFAS) ialah keluarga besar bahan kimia buatan manusia yang tidak berlaku di alam semula jadi dan ia dikenali sebagai ‘bahan kimia selama-lamanya’ kerana ia tidak terurai dalam persekitaran,” lapor media luar negara.

Ketua Pengarang dan Profesor di Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Stockholm, Ian Cousins berkata, kira-kira 20 tahun lalu, terdapat penurunan yang menakjubkan berlaku apabila nilai garis panduan PFAS, ‘asid perfluorooctanoic (PFOA) yang boleh mengakibatkan kanser’ telah menurun sebanyak 37.5 juta kali di Amerika Syarikat (AS).

“Berdasarkan garis panduan AS terkini, PFOA dalam air minuman dan air hujan menjadi tidak selamat untuk diminum, walaupun dalam dunia perindustrian manusia tidak kerap minum air hujan. Namun, masih ramai penduduk seluruh dunia menjangkakan ia selamat untuk diminum dan ia membekalkan banyak sumber air buat minuman kita.”

Risiko kesihatan jika terdedah kepada bahan ini sedang dikaji secara meluas dan para saintis mendapati, terdapat bahan yang ada dalam air hujan boleh dikaitkan dengan masalah kesuburan, peningkatan risiko kanser dan kelewatan perkembangan kanak-kanak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: