Tempatan

Aibkan Kehormatan Peguam: Bekas Pemimpin Dewan Himpunan Cina KL-Selangor Didakwa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Jun 2022 – Mantan pemimpin Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Yeo Kwi Seng dibicarakan di mahkamah semalam atas tuduhan mengaibkan kehormatan seorang peguam pada tahun lepas.

Beliau yang merupakan mantan ahli pengarah dewan perhimpunan Cina yang berusia 68 tahun itu didakwa menghantar video lucah kepada Wong Pei Huan, 52 tahun di Suite 5.05-5.10, Tingkat 5, Plaza Imbi antara 23 Mei dan 16 Jun 2021.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Wong Chai Sia membenarkan beliau diikat jamin RM3,000 sepertimana yang telah dimohon oleh Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Nom Phot Prackdit.

“Kwi Seng merupakan bapa kepada dua anak dan seorang yang terkemuka. Oleh itu, tidak ada risiko untuk dia melarikan diri,” kata peguam yang mewakili tertuduh, Kitson Foong.

Beliau kemudian diikat jamin oleh saudara iparnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: