Antarabangsa

AI: Negara-Negara Teluk Dilaporkan Melabur Besar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 11 Jun 2023 – Negara-negara Teluk dilaporkan berbelanja besar untuk kecerdasan buatan (AI), dengan Arab Saudi dan UAE dilihat menjadi antara pelabur terbesar dunia untuk pembangunan dalam memajukan teknologi berkaitan AI ini.

Laporan mengenai perbelanjaan AI di seluruh dunia oleh International Data Corporation mengatakan bahawa Timur Tengah akan membelanjakan $3 bilion (€2.8 bilion) untuk AI tahun ini, meningkat kepada $6.4 bilion menjelang 2026.

BACA JUGA: Tumbuk Muka dan Kereta Orang Awam, Individu Dipercayai Mabuk Ditahan

BACA JUGA: Pengapungan Harga Bakal Tingkatkan Harga Telur Tempatan

BACA JUGA: Dera Kanak-Kanak, Kerajaan Tidak Akan Berkompromi

Pelaburan ini juga dijangka akan terus meningkat. Menurut penyelidik pasaran, dalam tempoh tiga tahun akan datang, di rantau ini, akan menyaksikan pertumbuhan tahunan dalam perbelanjaan teknologi AI meningkat hampir kepada 30%.

Negara-negara Teluk membelanjakan begitu banyak untuk AI kerana ini merupakan bahagian terpenting dalam perancangan masa depan mereka untuk membangunkan ekonomi negara daripada pendapatan hasil minyak.

UAE adalah yang pertama di rantau ini yang menggunakan strategi AI nasional pada 2017 dan menjadi negara pertama di dunia yang melantik menteri untuk kecerdasan buatan dan semenjak tiga tahun yang lalu negara-negara lain, termasuk Mesir, Jordan, Maghribi, Qatar dan Arab Saudi, telah mengikutinya.

Arab Saudi dilihat amat ketara kerana ia berhasrat untuk menggunakan semua jenis AI dalam projek pembinaan bandar futuristiknya, Neom, dan ia mempunyai kekayaan untuk melabur dalam teknologi ini melalui pembiayaan negara dan melalui dana kekayaan negara yang dikawal oleh kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: