Tempatan

Ahli Politik Terlibat Jawatankuasa Khas Rumah Berhala Dalam Gua Perak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERAK, 18 Januari 2022 – Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad memaklumkan, sebuah Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan bagi menentukan status rumah ibadat di kawasan gua negeri itu.

Jawatankuasa khas tersebut bukan sahaja akan dianggotai oleh pihak kerajaan, tetapi juga parti politik, kata Saarani Mohamad.

Menurutnya, isu penentuan status semua rumah ibadat di Perak yang terletak di kawasan gua itu bukanlah terkait isu politik, maka tidak menjadi masalah untuk membenarkan campur tangan ahli-ahli politik dalam jawatankuasa khas tersebut.

Malah, pembabitan wakil parti politik daripada pihak kerajaan dan pembangkang adalah bagi mengelakkan isu berhubung perkara itu dipolitikkan oleh sesetengah pihak, tambah Saarani Mohamad.

“Ini bukan isu politik, jadi tidak mengapalah kita panggil wakil MCA, MIC, DAP, PKR dalam jawatankuasa khas itu. Kita akan panggil jabatan teknikal dan pengusaha (pengendali kuil) untuk duduk berbincang kerana kita perlu mencari penyelesaian segera. Pada saya isu keselamatan adalah keutamaan.”

Berikutan itu, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak sedang menunggu senarai nama ahli jawatankuasa khas berkenaan daripada pengendali kuil untuk dipanjangkan bagi menyelesaikan masalah ini.

Jawatankuasa khas tersebut ditubuhkan bagi menentukan status semua rumah ibadat di negeri itu yang terletak di kawasan gua di atas tanah kerajaan sama ada melalui kaedah perizaban, lesen pendudukan sementara atau pajakan tanah rizab.

Pada Isnin, 10 Januari 2022, wakil daripada parti MCA dan 19 kuil mengadakan sebuah pertemuan dengan pegawai dari Pejabat Tanah dan Galian Perak bagi membantah pengusiran kuil-kuil yang dibina di atas tanah milik kerajaan di daerah Kinta, Perak.

Pejabat Tanah dan Galian Perak dalam pertemuan tersebut membuat keputusan untuk menarik semula perintah pengusiran yang diberikan dan mengiktiraf tapak-tapak kuil tersebut sebagai sebuah tapak budaya dan sejarah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: