Ahli Politik AS Guna Dana Kempen Untuk Langgan Lucah
AMERIKA SYARIKAT, 18 Nove,ber 2023 – Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), George Santos telah didapati menyalahgunakan dana kempennya untuk kegunaan peribadi dan membelanjakannya untuk langganan web lucah OnlyFans dan rawatan Botox.
Perkara tersebut telah didakwa oleh salah seorang ahli jawatankuasa etika bagi kongres.
Santos telah ditahan pada Mei lalu dan dituduh dengan beberapa tuduhan seperti pemalsuan, pengubahan wang haram dan menipu Kongres.
Manakala pada bulan lalu beliau turut telah dituduh mempunyai kaitan dengan jenayah pencurian identiti serta skim yang berkaitan dengan kempennya bagi pilihanraya.
Terdapat juga tuduhan yang menyatakan bahawa Santos telah beberapa kali memindahkan wang yang didermakan bagi tujuan kempen pilihanraya ke akaun-akaun peribadi beliau. Dari maklumat tersebut, ahli jawatankuasa etika telah mendakwa bahawa Santos telah menggunakan dana tersebut bagi pelbagai kegunaan peribadi.
Jawatankuasa yang sama juga telah membuat kenyataan bahawa tindakan Santos itu telah melampaui kehormatan dan telah mencalarkan reputasi institusi tersebut.
Antara barangan yang telah dibeli oleh Santos dengan menggunakan wang yang diperolehi secara haram itu adalah barangan-barangan mewah daripada Hermes, rawatan-rawatan spa dan juga penginapan-penginapan hotel.