Antarabangsa

Britain Bertukar Jadi ‘Sahara’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 15 Ogos 2022 – Rakaman dari udara bumi England baru-baru ini menunjukkan keadaan bumi yang gersang, apabila sebahagian UK menyerupai padang pasir sahara selepas ladang dan pokok bertukar coklat akibat fenomena gelombang haba.

Imej satelit menunjukkan banyak kawasan hijau di England kini berubah menjadi kekuningan dan juga hitam di beberapa tempat.

Dalam masa yang sama, Britain juga berdepan dengan kebimbangan kekurangan air akibat daripada peningkatan suhu yang berlaku.

Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar England baru-baru ini mengisytiharkan bahawa keadaan di lebih separuh daripada bumi England bertukar kepada status kemarau, selepas negara itu berdepan dengan cuaca paling kering dalam tempoh 50 tahun sejak 1935.

Dilaporkan juga bahawa beberapa isi rumah di bahagian Buckinghamshire dan Oxfordshire menghadapi kekurangan air selepas paip pecah pada Khamis lalu dan Takungan Stokenchurch kering.

Pengisytiharan kemarau itu juga menyebabkan terusan ditutup kepada bot, dan langkah tambahan dilaksanakan untuk melindungi hidupan liar, dengan langkah yang berpotensi berlanjutan hingga tahun depan.

Manakala, para petani di sana memberi amaran tentang risiko bekalan makanan dengan hasil tuaian kentang, epal dan hop yang sudah habis.

Selain England, negara Portugal dan Itali juga dilaporkan dilanda kemarau.

Menurut sebuah portal, di Almourol Castle, Portugal, sungai berada pada tahap yang sangat cetek sehingga ramai yang boleh menyeberanginya dengan berjalan kaki.

Di Itali pula, Sungai Po, sungai terpanjang yang kebiasaannya menjadi tumpuan pelancong dan rakyat tempatan untuk menyejukkan diri ketika musim panas kini sepi selepas aras sungainya cetek – hanya mencecah setengah meter ketika ini.

Keadaan suhu yang lebih tinggi dicatatkan sejak kebelakangan ini dengan ketiadaan hujan selama berbulan-bulan memburukkan lagi keadaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: