Antarabangsa

Sangkal Naratif AS, Kementerian Kesihatan Palestin Dedah Senarai Syuhada Terkorban

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 28 Oktober 2023 – Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza telah mendedahkan senarai nama para syuhada yang terkorban akibat pengeboman dan pembunuhan beramai-ramai rejim haram aparteid Israel terhadap rakyat di wilayah itu.

Ia dikeluarkan susulan dakwaan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang mempersoalkan kesahihan jumlah kematian rakyat Gaza ketika ini.

Menurut pihak Kementerian, pada masa rakyat Palestin menunggu campur tangan antarabangsa mendesak untuk menghentikan perang genosid yang dilakukan penjajah Israel, pentadbiran Amerika seperti biasa tidak mempunyai piawaian kemanusiaan, moral dan hak asasi sekali gus tanpa segan mempersoalkan kesahihan angka kematian yang diumumkan oleh Kementerian di Semenanjung Gaza.

Justeru itu, mereka memutuskan untuk mendedahkan kepada seluruh dunia mengenai kebenaran perang genosid yang dilakukan Zionis Israel.

Senarai nama syuhada yang dikeluarkan mengandungi rekod lengkap syuhada termasuk nama, nombor ID, umur dan jantina. Bagaimanapun, laporan tersebut tidak memaparkan beberapa kategori seperti berikut:

  1. Mangsa yang hilang di bawah runtuhan.
  2. Mangsa yang terus dikebumikan tanpa dibawa ke hospital.
  3. Mangsa yang pihak hospital tidak dapat melengkapkan prosedur pendaftaran mereka.

Lantas itu, bilangan sebenar syahid adalah ratusan jauh lebih tinggi berbanding bilangan yang direkodkan dalam laporan tersebut.

Setakat ini, konflik Israel-Palestin yang bermula sejak 7 Oktober lalu telah mengorbankan seramai 7,028 rakyat Palestin termasuk 2,913 kanak-kanak dan 1,709 wanita.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: