Antarabangsa

Ahli Parlimen Rejim Haram Aparteid Israel Ugut Bunuh Banduan Palestin

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 25 Ogos 2022 – Ahli parlimen rejim haram aparteid Israel, Itamar Ben-Gvir telah memanggil dan mengugut bunuh seorang banduan Palestin, Nour Eddin Jarbou yang cedera dan keluarganya baru-baru ini, dedah Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan Palestin.

Qadri Abu Bakr berkata, pelampau Israel Itamar, yang terkenal dengan hasutan keganasan terhadap Palestin, bercakap dengan keluarga Nour Eddin melalui panggilan telefon.

Itamar mengugut dengan mengatakan bahawa dia tidak akan membiar Nour Eddin hidup dan akan pergi kepada hospital rawatan Nour Eddin untuk membunuhnya. Pelampau rejim Israel itu turut mengugut akan ‘membalas dendam’ terhadap keluarga tersebut.

Sehubungan itu, Qadri memandang serius ugutan tersebut kerana beliau sedia maklum terhadap Itamar yang terkenal dengan sokongannya kepada keganasan ke atas rakyat Palestin.

Ugutan tersebut turut mendapat kecaman daripada Kementerian Hal Ehwal Luar dan Ekspatriat Palestin yang mengatakan, “Ia adalah sebahagian daripada perang terbuka Israel terhadap Palestin.”

Sebelum ini, Nour Eddin Jarbou, 27 tahun telah ditangkap oleh tentera penjajah Israel pada April lalu di kem pelarian Jenin, Tebing Barat. Beliau ditembak beberapa butir peluru, dan salah satunya telah menyebabkan Nour Eddin lumpuh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: